Here's the trick, anda harus menjawab soalan2 ini dengan menggunakan bahasa melayu sahaja.
5 benda dlm beg saya
-Kupon kasih sayang agar mudah dikeluarkan bila perlu
-Dompet(saya nk tulis beg duit tp dompet lg comel)pemberian ibu yang sudah hampir punah+rabak yang mungkin tidak mampu menampung semua barang2 didalamnye dalam masa yang lebih lanjut(note:barang2 bukan wang)
-telefon bimbit-adalah hak asasi setiap insan
-Pen dan buku nota-ya..saya seorang pelupa..perlu bagi saya membawa barang2 tersebut didalam beg agar mudah mencatit segala yang perlu saya ingati
-losyen kerana saya amat berkulit kering orangnya
5 benda dalam beg duit saya
-resit pengeluaran wang (yang disimpan kononnya untuk memerhatikan pengeluaran wang saya)
-Kad pengenalan diri, lesen dan pelbagai kad2 lain
-wang yang xseberapa..
-gambar teman lelaki saya (duncan bawah pejabat saya ni panggil dia budak lelaki mainan (toyboy) saya.
-resit pembayaran kereta dan kad kredit
5 benda faveret dlm bilik bujang saya
-barang2 solekan saya
-alpo-mainan lembut (plush toys)berbentuk anjing yang diberikan oleh bekas teman lelaki saya
-bantal golek(bolster) saya..tidak akan lena tidur saya tanpanya
-katil saya..tanpa katil tidak boleh dipanggil bilik bujang la
-cermin panjang untuk saya mencermin diri setiap hari..
5 perkara yang saya hendak lakukan
-mencari kerja lain yang membayar gaji lebih besar
-mencari pakaian yang mampu untuk dibeli dan kena dengan gaya yang saya inginkan
-mencuba nasib untuk masuk UiTM buat Master
-balik rumah sekarang..bosan sungguh duduk di pejabat
-pengsan sekarang di pejabat..baru la bos rasa bersalah memberikan kerja secara pukal (bulk) kepada saya
5 perkara yang sedang dilakukan
-membalas pesanan ringkas bos saya (saya amat berharap saya pengsan sekarang)
-menguli pen dengan tangan saya
-mengosongkan tekak(clearing my throat). bunyinya "eh-hem~~~~"
-memikirkan betapa bosannya hidup saya
-memandang kertas kerja dan mengeluh
5 orang yang saya mahu tag
-wanek
-caa
-huda
-iman
-eyra
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment